Sejarah Agensi Kawalan Sempadan Malaysia

Agensi Kawalan Sempadan Malaysia ditubuhkan pada 29 Disember 2017 melalui pewartaan Akta Aksem 2017 (Akta 799) dengan keanggotaan oleh PDRM, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Pada 1 Januari tahun berikutnya, AKSEM menerima tugas sebagai sebuah agensi kerajaan Persekutuan di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.[6]

Pada 12 Mac 2021, sebuah mesyuarat oleh jemaah menteri telah bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula AKSEM ke dalam PDRM.[7] Pada 30 Jun pula, pembubaran AKSEM diumumkan dengan tugas pengawalan sempadan negara diambil alih oleh PDRM. Penstrukturan semula kepada PDRM ini dijalankan secara berperingkat sehingga 30 September tahun yang sama.[8] Setelah penstrukturan semula ini selesai, Akta 799 bakal dimansuhkan.[9]

Rujukan

WikiPedia: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia http://www.theborneopost.com/2015/09/18/dpm-upp-to... http://www.theborneopost.com/2016/02/01/gof-to-rei... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/aksem-d... https://thediplomat.com/2015/09/malaysia-eyes-new-... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06... https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/724710/... https://www.sinarharian.com.my/article/147269/BERI... https://web.archive.org/web/20210630090109/https:/...